Untuk menyediakan pelan rumah sesebuah (banglo), arkitek profesional yang telah berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia perlu menyediakan pelan-pelan berdasarkan Garispanduan Majlis dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Pelan-pelan yang perlu disediakan termasuklah:
i. pelan bangunan,
ii. pelan 'sanitary' dan 'water supply' beserta kiraan,
iii. pelan infrastruktur (jalan, longkang dsb),
iv. pelan Kebenaran Merancang,
v. pelan sistem pembentungan dan
vi. Pelan Struktur beserta kiraan struktur.
Pelan-pelan ini perlu disediakan memandangkan syarat-syarat Majlis memerlukan sokongan kesemua Jabatan-Jabatan Teknikal yang berkaitan untuk pembinaan sesebuah pembangunan (termasuklah bangunan sesebuah) sebelum permohonan ini dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat untuk kelulusan.
Pihak Majlis hanya sebagai satu pusat pengumpulan untuk sokongan-sokongan yang berkaitan pembinaan sesebuah rumah memandangkan pihak Majlis tidak ada kepakaran-kepakaran bagi setiap aspek pembinaan. Bagi Jabatan-Jabatan pembekal seperti TELEKOM, TNB dan SYABAS, pihak Majlis tak perlukan sokongan mereka, kerana mereka adalah pembekal perkhidmatan.
Perlu diingat juga, penyediaan pelan-pelan tersebut (terutama pelan bangunan) perlu disertakan dengan fee memproses pelan (Akta70(1), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974) yang mana cara kiraannya adalah berdasarkan Jadual Pertama Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Jabatan-Jabatan lain juga ada mengenakan bayaran-bayaran memproses dan termasuk sumbangan-sumbangan berdasarkan saiz pembangunan.
Setelah kesemua surat-surat sokongan Jabatan Teknikal yang terlibat dapat disediakan, barulah pihak Majlis dapat mngeluarkan surat kelulusan plan bangunan beserta dengan pelan yang telah disahkan berdasarkan perakuan arkitek di dalam Borang A.
Oleh kerana penyediaannya yang melibatkan pelbagai bidang profesional dan pelbagai jabatan teknikal, tidak hairanlah kalau proses penyediaanya mengambil masa yang agak lama bergantung kepada pengalaman arkitek mengendalikan projek tersebut, dan tidak hairanlah bayaran yang dikenakan juga agak mahal.
Walau bagaimanapun, kesemua sokongan dan kelulusan Jabatan-Jabatan Teknikal ini penting bagi membenarkan rumah ini diberi taraf Layak Diduduki (Certificate Of Fitness Of Occupation) ataupun terkini CCC (Certificate Of Completion And Compliance). Pihak Bank juga memerlukan kelulusan Majlis supaya rumah tersebut dapat diinsurancekan.
Dibawah saya pamerkan laman-laman web yang berkaitan dengan perkara ini
No comments:
Post a Comment