Tuesday, June 7, 2011

Test Masukkan Video Kawan

Kawan aku ada menyediakan blog untuk belajar melukis (terutamanya untuk lanskap dan bangunan) yang mana semuanya adalah secara percuma. Kalu nak tengok boleh tonton salah satu vidoe yang beliau hasilkan sepertimana vidoe di atas..ataupun ikut link ni.. http://freedrawinglesson.blogspot.com/
Build Your Own Environment

Karikatur

Saya dah lama suka melukis. Tak kira la potret ke, karikatur ke, ataupun kartun... Dan salah satu hasil seni yang saya suka dan sedang usahakan semula adalah lukisan karikatur (caricature)..
Tapi buat hari ni, saya tak dapat nak uploadkan lagi karikatur yang saya hasilkan, so untuk halwa mata, saya upload dulu karikatur yang menarik untuk sementara je..









Build Your Own Environment

Sunday, April 4, 2010

Proses Pembinaan Bangunan (Banglo)

Untuk menyediakan pelan rumah sesebuah (banglo), arkitek profesional yang telah berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia perlu menyediakan pelan-pelan berdasarkan Garispanduan Majlis dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. 

Pelan-pelan yang perlu disediakan termasuklah:
i.  pelan bangunan,
ii. pelan 'sanitary' dan 'water supply' beserta kiraan,
iii.  pelan infrastruktur (jalan, longkang dsb),
iv.  pelan Kebenaran Merancang, 
v.  pelan sistem pembentungan dan
vi.  Pelan Struktur beserta kiraan struktur.

Pelan-pelan ini perlu disediakan memandangkan syarat-syarat Majlis memerlukan sokongan kesemua Jabatan-Jabatan Teknikal yang berkaitan untuk pembinaan sesebuah pembangunan (termasuklah bangunan sesebuah) sebelum permohonan ini dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat untuk kelulusan.
Pihak Majlis hanya sebagai satu pusat pengumpulan untuk sokongan-sokongan yang berkaitan pembinaan sesebuah rumah memandangkan pihak Majlis tidak ada kepakaran-kepakaran bagi setiap aspek pembinaan. Bagi Jabatan-Jabatan pembekal seperti TELEKOM, TNB dan SYABAS, pihak Majlis tak perlukan sokongan mereka, kerana mereka adalah pembekal perkhidmatan.

Perlu diingat juga, penyediaan pelan-pelan tersebut (terutama pelan bangunan) perlu disertakan dengan fee memproses pelan (Akta70(1), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974) yang mana cara kiraannya adalah berdasarkan Jadual Pertama Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Jabatan-Jabatan lain juga ada mengenakan bayaran-bayaran memproses dan termasuk sumbangan-sumbangan berdasarkan saiz pembangunan.

Setelah kesemua surat-surat sokongan Jabatan Teknikal yang terlibat dapat disediakan, barulah pihak Majlis dapat mngeluarkan surat kelulusan plan bangunan beserta dengan pelan yang telah disahkan berdasarkan perakuan arkitek di dalam Borang A.

Oleh kerana penyediaannya yang melibatkan pelbagai bidang profesional dan pelbagai jabatan teknikal, tidak hairanlah kalau proses penyediaanya mengambil masa yang agak lama bergantung kepada pengalaman arkitek mengendalikan projek tersebut, dan tidak hairanlah bayaran yang dikenakan juga agak mahal.

Walau bagaimanapun, kesemua sokongan dan kelulusan Jabatan-Jabatan Teknikal ini penting bagi membenarkan rumah ini diberi taraf Layak Diduduki (Certificate Of Fitness Of Occupation) ataupun terkini CCC (Certificate Of Completion And Compliance). Pihak Bank juga memerlukan kelulusan Majlis supaya rumah tersebut dapat diinsurancekan.

Dibawah saya pamerkan laman-laman web yang berkaitan dengan perkara ini

Tuesday, December 8, 2009

Ubahsuai dan Tambahan Bangunan



Saya terpanggil untuk bercerita pasal ubahsuai bangunan sikit hari ni, pasal apa yang saya lihat di seluruh Malaysia, kerja-kerja ubahsuai ni selalunya dilakukan tanpa mengikut Garispanduan dan Undang-Undang yang sepatutnya.

(Kena la pakai undang-undang, dah duduk kat Malaysia kena la ambik tahu kan..)

Dalam Seskyen 70(11) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) ada menyebut "seseorang perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis tempat dia tinggal sebelum melakukan apa-apa kerja ubahsuai.

Denda boleh dikenakan sebanyak RM1000.00 atau kalau sabit kat mahkamah, boleh dapat perintah roboh."


Kenapa perlu dapat kebenaran Majlis dulu?

Salah satu kelebihannya ialah:

i. Binaan terjamin dari segi rekabentuknya, strukturnya kerana ada profesional yang bertanggungjawab,

ii. dapat di'insurance'kan tambahan tersebut. Kalau takda pelan kelulusan, tak boleh nak insurancekan. Roboh ubahsuai tu, habisla tak boleh nak bina balik.

iii. kalau nak jual, harga boleh up sikit, pasal dah ada pelan kelulusan.

iii. dengan adanya pelan kelulusan tu, boleh dapat CF untuk ubahsuai tersebut. CF ni adalah Certificate Of Fitness iaitu perakuan perunding dan Majlis yang menyatakan ubahsuai tersebut boleh diduduki.


Macam mana nak buat pelan ni?

Untuk buat lukisan ubahsuai ni, perlu la cari perunding profesional iaitu:

i. Pelukis pelan berdaftar, dan

ii. Arkitek Berdaftar.

Kedua-dua mereka perlu berdaftar dan mempunyai lesen daripada Lembaga Arkitek Malaysia atau LAM. (rujuk laman web http://www.lam.gov.my/)


Tapi ada sesetengah Majlis, diorang dah ada pelan setara (standard plan) yang boleh dibeli segera dan mendapat kelulusan segera (kalau lengkap ye). Itu salah satu cara cepat le.


Perunding-perunding ni boleh memberi khidmat nasihat macam mana nak ubahsuai rumah dan mereka yang akan berurusan dengan Majlis untuk segala urusan berkaitan kelulusan sehinggalah mendapat CF.

Cuma saya nak peringatkan la sikit. Kalau-kalau dah dapat kelulusan dari Majlis, binaan perlu la ikut pelan tu, kalau tidak tindakan boleh diambil kerana tak ikut pelan ubahsuai tersebut di bawah Seksyen 70(13) atau Seksyen 70(14) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974.


Apa-apa pun, ini adalah sebagai panduan dan maklumat tambahan.

Saturday, August 9, 2008

Saya mulakan blog hari ini dengan menyiarkan gambar-gambar bangunan di sekitar Kuala Lumpur bermula dari awal kewujudannya hingga dikenali di seluruh dunia..